Dato' Jimmy Choo



BIODATA



Nama                      : Jimmy Choo Yeang Keat
Umur                       : 50 tahun
Tahun kelahiran       : 1961
Asal                         : Pulau Pinang
Status perkahwinan : Berkahwin 



Bingkisan sejarah hidup
  • Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
  • Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam.
  • Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun.
  • Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.
  • Bapanya menanggung pengajiannya untuk tahun pertama, manakala beliau terpaksa menanggung pengajiannya sendiri selama 3 tahun lagi dengan melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut.
  • Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan.
  • Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
  • Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo.
  •  Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa.
  • Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes.
  • Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).
  • Dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.
  • Mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
  • Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
  • Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.
-      
                                            Inspirasi Datuk Jimmy Choo 
 

  • Mendapat ilham dan inspirasi rekaan daripada alam semulajadi seperti pokok dan bunga.
  • Juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya.
  • Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.



                                          KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH SYARIKAT


  • Kejayaan Jimmy Choo bermula pada tahun 1988 apabila kasut beliau mendapat liputan di dalam Majalah Vogue, iaitu sebuah majalah fesyen terkenal di United Kingdom (UK) yang memuatkan rekaannya dalam lapan muka halaman di mana kasut rekaannya terpilih untuk melengkapkan koleksi terbaru pereka-pereka fesyen terkemuka British di dalam sebuah penggambaran fesyen.
  • Kejayaan beliau semakin meningkat setelah mendiang Puteri Diana menyukai dan memakai kasut yang dibuat oleh beliau. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Selepas itu, orang ramai mula memakai kasut buatannya.
  • Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya terus menjulang ke langit.
  • Kini Jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes.
  • Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz).
  • Pada tahun 2000, Jimmy Choo dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaan beliau dalam bidang fesyen.







BACK