BACK
Kisah Jutawan Muda"
Irfan Khairi
Motivator
perniagaan & kekayaan
Latar
Belakang
Irfan Khairi mendapat
ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire
University, United
Kingdom.
Selepas mendapat ijazah,
Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat
IT terbesar di Birmingham,
Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia
dan perunding internet,
beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran
Internet untuk
sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada
ketika ini, lebih dari
5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan
sistem Learning Grid
tersebut.
Oleh kerana ,minat dan
latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan
perniagaan, beliau
memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada
tahun 1999.
Selepas memdapati
pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda
pendapatan bekerja 9 – 5,
beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian
kepada perniagaan Internet
miliknya selepas satu tahun beroperasi.
Semenjak itu, Irfan Khairi
hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya
menggunakan laptop dan
Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu
perniagaannya memperolehi
untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan
peralatan computer yang
canggih. Modal permulaannya…. hanya RM500. Ketika itu,
beliau hanya berusia 25
tahun!
Atas inspirasi yang telah
ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young
Innovation
Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom.
Ianya dianugerahkan atas
usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai
generasi baru Malaysia
dalam bidang Internet dan Kejayaan.
Pakar perniagaan Internet,
Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku
terlaris dan personaliti
TV/Radio. Selepas mendalami ilmu pembangunan diri dan
menyelidik beribu insan
dan perniagaan yang berjaya, Irfan telah menubuhkan Irfan
Khairi Sdn Bhd yang telah
berjaya melahirkan beribu insan menjalankan hidup yang
lebih bahagia dan kaya.
Seorang jutawan ketika
berumur 25 tahun melalui perniagaan Internet, Irfan Khairi
percaya bahawa mindset
adalah kunci dalam membina kekayaan dan telah membantu
ramai menjadi bebas
kewangan.
TV
Nescafe Kick-Start
(Reality TV) Judge TV3
Menjana Impian (Reality TV)
Mentor TV9
Get Set Go Host TV2
WW “Bersama irfan Khairi”
Segment Host Astro
Radio
Jutawan Bersama Irfan
Khairi Host Radio24
Yo! (Program Remaja) Host
Radio24
Selamat Pagi Malaysia RTM1
Al-Bayan RTM1
Warta Perdana RTM1
Hello on Two RTM2
Aura Rasa RTM2
Jangan Tidur Lagi TV3
Malaysia Hari Ini (2006,
2007, 2008, 2009) TV3
Gedik Santai TV3
Channel 8 News “Towering
Malaysians” TV8
TV9 News TV9
Usik Usik bersama Chef Wan
TV9
Keluarga di-9 TV9
Apa ke halnya? TV9
Semanis Kurma TV9
Perspektif Kita Astro
Temujanji Astro
Gala TV Astro
Berita Bernama Astro
Majalah
Maskulin Cover story
Tunas Cipta Cover story
Apprentice Cover story
NUR “Bukan mudah untuk
jadi Jutawan”
Dewan Masyarakat “Jutawan
Muda, irfan Khairi
Dewan Ekonomi “Jutawan
sebelum berumur 30”
Mingguan Wanita, Men’s Health, Aspirasi (Singapore), Dara.com
“Resepi kejayaan anak muda”, Majalah I “Jendela Keluarga”Akhbar
New Straits Times “Young,
Internet Savvy and Rich”
Mingguan Malaysia “Sesiapa
sahaja boleh menjadi jutawan”
Berita Minggu
Berita Harian
Kosmo “Kisah Jutawan Muda”
Harian Metro “Irfan:
Jutawan Internet Muda”
Berita Harian, Singapore
Utusan Borneo
Hubungi Irfan
Khairi di 016-6966644 / 014-6633311 atau email
sales@rahsiainternet.com
Irfan Khairi Sdn
Bhd
Management Office
84A Second Floor
Jalan SS 21/35
SS21 Damansara
Utama
47400 Petaling
Jaya
Selangor D E
SEJARAH HIDUP insan
bernama Irfan Khairi...
Sedikit kisah mengenai
Irfan Khairi Sdn Bhd…
Tahukah anda
Irfan Khairi Sdn Bhd bermula tanpa menggunakan wang saya sendiri?
Mungkin anda pernah
dengar istilah ni “nak buat duit, kena ada duit”
Sebenarnya, ada caranya
untuk buat duit- tanpa duit.
Tahun 2005, ketika saya pulang ke
Malaysia (dari UK), saya menulis buku Rahsia
Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Tidak menggunakan
modal sendiri, saya mendapatkan TrueWealth Publishing untuk menerbitkan buku
tersebut. Saya masih lagi ingat, cek royalti pertama saya terima berjumlah
RM36,000 (selepas 6 bulan).
Walaupun, saya sendiri
sudah mempunyai wang, tetapi, saya sering berpegang kepada konsep “bootstrap”
yang bermaksud, mulakan perniagaan dengan modal sendiri yang kecil, dan
kembangkan perniagaan dengan keuntungan perniagaan.
Ketika itu juga, saya
mula dijemput sebagai guest speaker. tahun 2005, jemputan saya, mana ada sampai
1 jam… 2 jam bercakap. Sekadar cakap 20 minit-30 minit sahaja untuk berkongsi
pengalaman. Pengalaman pertama adalah di seminar Azizi Ali (berkongsi
pengalaman selama 20 minit)- for free lagi tu, sebab orang
tidak mengenali saya!
Dari situ, saya mula
mendapat perhatian berbagai pihak. Daripada berucap selama 20 minit, sesi
seminar Azizi yang datang, saya dijemput untuk mengendalikan satu segmen selama
2 jam! (mula dibayar)
Di
situlah mula saya bina keyakinan untuk memulakan seminar saya sendiri yang
sehingga kini dikenali sebagai“Workshop
Jutawan Internet”. Sekali
lagi, tidak menggunakan sebarang modal pada ketika itu, membuka tempahan kepada
orang ramai, dan menggunakan wang tempahan untuk booking hotel. Peralatan
seperti microphone, projector dan sebagainya juga sewa hotel sahaja… tak beli
pun masa tu.
Keuntungan daripada
mengendalikan seminar, dan juga royalti buku, barulah saya mewujudkan Irfan
Khairi Sdn Bhd pada tahun 2006- mempunyai pejabat, peralatan semniar
sendiri dan juga beberapa pekerja. Pada awal penglibatan saya pada tahun
2005, saya hanya menggunakan syarikat perseorangan, ketika itu dikenali sebagai “Abadi
Consulting” sempena
nama anak! dan dikendalikan 100% oleh saya dan
isteri sahaja.
So, Irfan Khairi Sdn Bhd
yang anda lihat berkembang hari ini sehingga melakukan produksi adalah hasil
daripada idea dan ilmu sahaja. Idea & ilmu saya menulis buku pertama 3
tahun lepas.
Walaupun saya mempunyai
wang untuk menubuhkan syarikat pada tahun 2005- terus menyewa pejabat dan terus
mendapatkan pekerja, tetapi, itu bukan jalan yang saya pilih. Saya memilih
memulakan perniagaan dengan tidak melaburkan sebarang wang sendiri dan
bootstrap.
Jadi, persoalannya adalah apakah
matlamat kewangan anda? Apabila kita mempunya matlamat kewangan, ia akan
memudahkan kita menghasilkan strategi untuk mencapai matlamat tersebut.
Bayangkan perlawanan bola sepak tanpa tiang gol. Pastinya tidak ke mana perlawanan
tersebut kerana tiada sasaran. Jurulatih juga tidak tahu cara menyusun strategi
untuk menang bila tiada tiang gol.
Pelbagai strategi yang kita perlu
pelajari mengenai wang seperti cara menjana wang, cara melabur wang, cara
menggunakan wang untuk dapatkan wang, cara kongsi dan sedekahkan wang kita dan
sebagainya supaya hidup kita lebih bermakna dan kita dapat rasa bahagia dalam
jiwa.
Dimanakah anda lihat keadaan kewangan
anda pada hujung bulan ini? Atau 6 bulan akan datang? Atau tahun hadapan?
Adakah anda berpuas hati dengan keadaan atau anda ingin meletakkan matlamat
kewangan yang lebih tinggi?
Bagaimana pula gambaran kewangan anda
3 tahun akan datang? Atau 5 tahun akan datang? Atau 10 tahun akan datang?
Adakah anda melihat diri anda seperti keadaan sekarang, atau ingin melihat diri
anda mempunyai progres yang berlipat kali ganda dan mengubah keadaan kewangan
kearah yang jauh lebih baik?
Kisah Jutawan Muda"
Dengan bermodalkan wang
sebanyak RM500,Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun,sudah pun bergelar jutawan.
MELIHAT dari segi luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas
dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang
menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan .
Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi
ini.Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire,Britain yang
pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di
Birmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd.
Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan
bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet,dipanggil Learning
Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.
Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian
tersebut.Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan
perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999.Perniagaan
itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.
‘Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya
belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat
iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan]
.Lepas habis belajar di UiTM , saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam
bidang multimedia,’Katanya.
Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan
wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang,
dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang.Justeru, Irfan mengambil
keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka .
Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk
buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization],
menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran,
nyata berkembang dengan pesat.
‘Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas.
Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya
memperoleh RM1 juta yang pertama,’ jelas Irfan secara jujur.
Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata
dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat , Britain, Negara Eropah,Timur
Tengah, Jepun dan Australia.
Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah
menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun.
Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.
‘Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya
dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh
tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir
ia sesuatu yang cepat.’katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional
keluaran Perodua.
Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul
kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha
gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.
Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua
industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu
mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.
‘Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan
dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain
lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita
lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’
ujar Irfan yang gemar menonton TV .
Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang
perlu diisi di Malaysia.
‘Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home
Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan
seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik.
Di Malaysia banyak lagi jurang dalam pemasaran. Seorang harus
mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,’ katanya.
Rahsia Kejayaan IRFAN KHAIRI
|
NOTA JUTAWAN NOTA PERNIAGAAN - IRFAN KHAIRI
Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini
menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang
Usahawan Internit yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Siber, Irfan juga
berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan
acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi.
Terdapat banyak tip-tip dan idea yang berkesan boleh pembaca pelajari
dari buku ini dan ianya boleh membantu pembaca untuk diaplikasikan di dalam
perniagaan sendiri. Tip-tip untuk menjadi usahawan yang jutawan. Menurut sumber
daripada Brian Tracy International, golongan yang menjadi jutawan terdiri
daripada 5 kelompok:
1 - 74% ialah pemilik perniagaan.
2 - 10% ialah golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat.
3 - 10% ialah golongan profesional seperti doktor, peguam dan
sebagainya.
4 - 5% ialah jurujual berkomisen atau konsultan jualan.
5 - 1% ialah pelbagai golongan lain.
Ini bermakna peluang untuk para peniaga amat cerah dan tinggi untuk
menjadi seorang jutawan melalui perniagaan. Rasulullah saw bukan setakat
meletakkan 74% malah 90% punca rezeki itu adalah datangnya daripada sumber
perniagaan. Oleh itu, jutawan dan perniagaan sangat sinonim. Sebahagian besar
daripada jutawan adalah daripada golongan peniaga dan peluang seorang peniaga
untuk menjadi jutawan sangat cerah.
UNTUK BERJAYA DALAM
PERNIAGAAN, IANYA PERLUKAN PERANCANGAN, STRATEGI, KESUNGGUHAN DAN DOA.