BIODATA
NAMA | : | Dato' Wan Mohammad Sani Salleh |
USIA | : | 35 tahun |
ASAL | : | Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu |
ADIK BERADIK | : | Keempat daripada enam beradik |
JAWATAN | : | Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd |
(Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). | ||
PENDIDIKAN
|
: | Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994) |
PENCAPAIAN | : | - Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) |
Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009) | ||
yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun2009) | ||
- Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) | ||
Kuala Lumpur (April, 2009) |
Tekad
yang menggambarkan liku-liku perjalanan Dato' Wan Mohammad Sani Salleh
sebelum bergelar usahawan muda Melayu negara yang berjaya. Beliau
merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani
Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. (SUSB). Pada
usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya.
Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri
sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta
pengubahsuaian mencecah RM7 juta.
Biarpun
baru berusia 35 tahun tetapi Wan Mohammad Sani sudah menggenggam
pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang
dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia
(Perdasama). Malah, beliau dianggap ikon generasi muda
dalam dunia perniagaan masa kini.
Berkongsi Pengalaman
Pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong beliau untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti. Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi.
Cabaran
Pada Januari 2006, beliau melaksanakan hasratnya dengan tertubuhnya Syarikat Sani Ekspress. Sani membuktikan peniagaan yang dipilihnya berbaloi kerana dalam tempoh 3 tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.
Daripada seorang pekerja, sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, kini mempunya wisma sendiri dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM7juta. Wisma 3 tingkat ini dinamakan Wisma Dato' Sani bertempat di Klang Sentral yang serba lengkap. Di wisma ini dilengkapi dengan asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik ialah segala operasi di kauter tiket Sani Express di seluruh negeri dipantau secara lansung melalui kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Dato' Sani banyak belajar daripada orang berpengalaman malah dengan sesiapa sahaja tidak kira pemandu bas, mekanik malah dengan orang yang pernah gagal kerana kegagalan itu akan menjadi satu iktibar kepada beliau. Daripda ilmu tersebut beliau membuat analisis dan kajian sendiri untuk mengendalikan perniagaan dengan lebih baik.
Perancangan
Beliau bukan sahaja berhasrat memiliki 100 buah bas dan meneroka semua laluan yang ada, tetapi juga mahu memperkenalkan bas-bas teknologi tinggi di Malaysia seperti bullet bus hasil kerjasama dengan sebuah syarikat di Sweden.
Ia selari dengan hasratnya iaitu bahawa penggunaan bas express bagi perjalanan jarak jauh adalah lebih menjimatkan dan selamat